ORDER AKAN DIPOS PADA JAM 10:00 AM PAGI

Privasi Polisi

Tarikh kemas kini terakhir: 10 Oktober 2026

Kami nak pastikan setiap pesanan Bison sampai dalam keadaan yang sepatutnya. Polisi ini menerangkan bila anda boleh meminta pemulangan, penggantian atau bayaran balik.

Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] atau mana-mana undang-undang Malaysia yang terpakai.

Barang rosak, bocor, salah atau tidak seperti diterangkan

Sila hubungi kami jika pesanan anda:

  • sampai rosak atau pecah;
  • botol bocor atau mempunyai kecacatan;
  • menerima produk yang salah;
  • kehilangan item daripada pesanan; atau
  • berbeza secara material daripada penerangan produk yang diberikan ketika pembelian.

Sebaiknya hubungi kami dalam masa 48 jam selepas menerima parcel untuk kerosakan penghantaran supaya kami boleh menyiasat dengan courier dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun, tempoh 48 jam ini tidak bertujuan menghapuskan apa-apa hak statutori yang anda mungkin mempunyai di bawah undang-undang Malaysia.

Kami mungkin meminta:

  • nombor pesanan;
  • gambar/video parcel;
  • gambar label penghantaran;
  • gambar atau video produk yang rosak/salah; dan
  • maklumat lain yang munasabah untuk mengesahkan isu tersebut.

Jika tuntutan disahkan, kami akan memberikan penyelesaian yang sesuai seperti penggantian, pembaikan jika berkenaan, atau bayaran balik, bergantung kepada keadaan dan hak anda di bawah undang-undang.

Di bawah Akta Perlindungan Pengguna, kegagalan yang boleh diperbaiki biasanya boleh diminta untuk diperbetulkan dalam masa yang munasabah; bagi kegagalan yang tidak boleh diperbaiki atau bersifat substantial, pengguna mungkin mempunyai hak untuk menolak barang tersebut.

Tukar fikiran / bau tak sesuai

Perfume sangat bergantung kepada preference individu, skin chemistry dan cara pemakaian.

Untuk change of mind, kami hanya menerima permohonan pemulangan dalam masa 7 hari selepas barang diterima, dengan syarat:

  • produk masih belum dibuka;
  • seal / packaging asal masih lengkap;
  • produk belum digunakan atau disembur;
  • produk berada dalam keadaan asal dan boleh dijual semula; dan
  • bukti pembelian disediakan.

Produk yang telah dibuka atau digunakan biasanya tidak boleh dipulangkan hanya kerana bau tidak kena dengan preference anda, projection/lasting berbeza pada kulit anda, atau anda berubah fikiran.

Ini tidak terpakai jika produk tersebut rosak, tidak selamat, salah, atau gagal memenuhi hak pengguna yang diwajibkan oleh undang-undang.

Kos pemulangan

Jika pemulangan berlaku kerana kesilapan Bison, contohnya produk rosak, salah dihantar atau mempunyai kecacatan yang dilindungi  kami akan menanggung kos pemulangan yang munasabah atau menyediakan kaedah pemulangan yang sesuai.

Untuk pemulangan kerana change of mind, kos penghantaran balik ditanggung oleh pelanggan.

Barang hendaklah dibungkus dengan selamat. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku akibat pembungkusan pemulangan yang tidak sesuai.

Cara meminta pemulangan

Sebelum menghantar apa-apa barang kepada kami, sila hubungi:

E-mel: admin@bison.com.my
WhatsApp: +60 18-222 4342

Sertakan:

Nama + nombor order + sebab pemulangan + gambar/video jika berkaitan.

Jangan terus pos barang tanpa pengesahan daripada kami kerana kami perlu memberikan alamat dan arahan pemulangan yang betul.

Bayaran balik

Selepas pemulangan diluluskan dan barang diterima/diperiksa jika perlu, bayaran balik akan diproses melalui kaedah pembayaran asal sejauh yang praktikal.

Kami menyasarkan untuk memproses bayaran balik dalam masa 7–14 hari bekerja selepas kelulusan. Bank, payment gateway atau issuer kad anda mungkin mengambil masa tambahan sebelum wang muncul dalam akaun.

Jika anda mempunyai hak sah untuk menolak barang di bawah Akta Perlindungan Pengguna, Akta tersebut membenarkan pengguna memilih antara refund atau replacement yang sesuai apabila syarat undang-undang dipenuhi. Refund statutori tersebut ialah refund wang/value yang dibayar dan tidak boleh dipenuhi semata-mata dengan memaksa pengguna menerima barang lain atau store credit.

Caj penghantaran

Jika pesanan salah, rosak atau mempunyai isu yang berpunca daripada Bison, kami akan mengendalikan kos penghantaran dan bayaran balik mengikut keadaan serta keperluan undang-undang yang terpakai.

Barang promosi / sale

Barang yang dibeli ketika sale, promotion atau menggunakan discount code masih tertakluk kepada hak pengguna yang diwajibkan oleh undang-undang.

Diskaun tidak bermaksud kami boleh menolak tuntutan yang sah untuk barang yang rosak, tidak selamat atau tidak seperti diterangkan.

Pembatalan pesanan

Jika anda mahu membatalkan pesanan, hubungi kami secepat mungkin.

Pesanan boleh dibatalkan dan dibayar balik sepenuhnya jika ia belum diproses atau diserahkan kepada courier.

Selepas pesanan dihantar, kami mungkin tidak dapat menghentikan penghantaran. Dalam keadaan tersebut, pemulangan akan tertakluk kepada polisi ini.

Parcel gagal dihantar / tidak dituntut

Jika parcel dipulangkan kepada kami kerana:

  • alamat yang diberikan salah;
  • penerima tidak dapat dihubungi;
  • parcel tidak dituntut; atau
  • sebab lain yang bukan berpunca daripada Bison atau courier,

kami boleh meminta bayaran penghantaran semula sebelum menghantar barang sekali lagi.

Jika anda memilih untuk meminta refund selepas parcel dikembalikan, caj penghantaran yang telah benar-benar ditanggung mungkin ditolak setakat yang dibenarkan undang-undang.

Hubungi kami

Untuk pemulangan, refund atau isu pesanan:

Bison / NAARMI RESOURCES 
No. Pendaftaran: 202403319579
E-mel: admin@bison.com.my
WhatsApp: +60 18-222 4342